AGENDA

Ramalan hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor hingga 2 pagi

14 Nov 2024, 3:21 PM
Ramalan hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor hingga 2 pagi
Ramalan hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 14 NOV: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda seluruh Selangor hingga 2 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa daerah di Kedah, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_673124" align="aligncenter" width="655"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.