ad
AGENDA

Anwar ucap takziah, jasa Allahyarham Daim diiktiraf negara

13 Nov 2024, 9:09 AM
Anwar ucap takziah, jasa Allahyarham Daim diiktiraf negara

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pemergian bekas Menteri Kewangan itu, yang meninggal dunia pagi tadi.

Beliau berkata kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan.

“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Allahyarham Daim, 86, meninggal dunia pada 8.21 pagi ini Hospital Assunta, Petaling Jaya, ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 selepas Asar ini.

Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.