ad
AGENSI

Sistem pengurusan wasiat Mais rangkul emas acara inovasi antarabangsa

13 Nov 2024, 3:28 AM
Sistem pengurusan wasiat Mais rangkul emas acara inovasi antarabangsa

SHAH ALAM, 13 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) merangkul anugerah emas dalam pertandingan inovasi sempena Konvensyen Antarabangsa mengenai Kumpulan Kawalan Kualiti di Sri Lanka, semalam.

Menewaskan 465 pasukan dari seluruh dunia, kejayaan diraih menerusi perkhidmatan pengurusan wasiat dan hibah atau Siswa, bagi memudahkan masyarakat membuat kedua-dua urusan itu dengan mudah.

“Inisiatif ini salah satu usaha berterusan Mais mengembangkan potensi inovasi dalam perkhidmatan pengurusan wasiat dan hibah secara pantas secara dalam talian,” kata agensi itu di Facebook.

Mais diwakili kumpulan HeBAT daripada sektor baitulmal dan teknologi maklumat, diketuai Timbalan Setiausaha Operasinya Dr Norzaihan Mohd Zain bersama Mohammad Salleh Abdul Saha dan Ahmad Firdaus Muhammad.

Sektor baitulmal diwakili M. Najib M. Ismail dan M. Aizat Vandan, manakala Nurhasyifha Mahazan merupakan kakitangan daripada bahagian teknologi maklumat Mais.

Negara lain yang turut serta dalam pertandingan inovasi berkenaan adalah China, India, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Taiwan dan Singapura.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.