ad
AGENDA

RM68 juta tunggakan AAIBE dalam proses pembayaran

11 Nov 2024, 8:17 AM
RM68 juta tunggakan AAIBE dalam proses pembayaran

SHAH ALAM, 11 NOV: Jumlah tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) bagi tempoh 2018 hingga 2021 adalah sebanyak RM442 juta.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Dato’ Seri Fadillah Yusof memaklumkan buat masa ini jumlah dibayar ialah RM374 juta manakala selebihnya (RM68 juta) dalam proses pembayaran.

“Semua syarikat penjana tenaga bebas (IPP) telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk menyelesaikan tunggakan mahupun sumbangan tahun semasa.

“Kementerian juga sentiasa konsisten memantau perkara ini melalui Mesyuarat Jawatankuasa AAIBE dan bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak syarikat penjana elektrik yang terlibat untuk membantu mereka melunaskan sumbangan,” katanya di Parlimen hari ini.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin, Fadillah yang juga timbalan perdana menteri memaklumkan dana AAIBE terkini sehingga 30 September lalu adalah RM866,686,747.66.

“Daripada jumlah ini, RM606,931,000 merupakan pelaburan tetap manakala RM147,872,976.21 adalah diperuntukkan bagi projek komited sedia ada,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.