ad
AGENSI

589 calon SPM sertai Seminar Skor A+ anjuran Yayasan Selangor

11 Nov 2024, 6:29 AM
589 calon SPM sertai Seminar Skor A+ anjuran Yayasan Selangor
589 calon SPM sertai Seminar Skor A+ anjuran Yayasan Selangor

SHAH ALAM, 11 NOV: Seramai 589 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Seminar Skor A+ anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor menerusi Facebook memberitahu seminar yang berlangsung serentak pada 9 November lalu di empat lokasi berbeza melibatkan pelajar dari enam daerah di Selangor.

Bagi daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana, seminar diadakan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjong Karang (Kuala Selangor).

Turut terlibat pelajar dari daerah Kuala Langat sertai seminar di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist dan masing-masing Gombak dan Hulu Selangor di Sekolah Agama Menengah Rawang.

[caption id="attachment_672451" align="aligncenter" width="905"] Seramai 589 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Seminar Skor A+ anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Selangor pada 9 November 2024 di Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Rawang. Foto Facebook Yayasan Selangor[/caption]

“Penganjuran seminar ini merupakan inisiatif komprehensif dalam menyediakan platform terbaik kepada calon yang bakal menghadapi SPM tahun ini.

“Objektifnya juga adalah untuk meningkatkan pencapaian Gred Purata Negeri, peratus Layak Mendapat Sijil dan peratus pelajar cemerlang SPM 2024 khususnya dalam kalangan pelajar tajaan Yayasan Selangor,” katanya.

Berbekalkan tenaga pengajar berpengalaman, yayasan itu memaklumkan pelajar akan didedahkan dengan teknik tepat untuk menjawab soalan dengan lebih berkesan.

“Susulan sambutan memberangsangkan, Yayasan Selangor bakal menjelajah ke empat daerah lagi pada 23 November ini bagi penganjuran seminar berkenaan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.