ad
PBT

Lesen sementara bazar Ramadan MPAJ boleh dimohon mulai hari ini

11 Nov 2024, 2:25 AM
Lesen sementara bazar Ramadan MPAJ boleh dimohon mulai hari ini
Lesen sementara bazar Ramadan MPAJ boleh dimohon mulai hari ini

SHAH ALAM, 11 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka permohonan lesen sementara bazar Ramadan 2025 mulai hari ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan permohonan sehingga 29 November boleh dibuat melalui pautan intranet.mpaj.gov.my/penjaja/login.php

Menurutnya sebanyak 884 petak membabitkan 16 lokasi bazar Ramadan disediakan kepada peniaga tahun depan.

“Terdapat beberapa kategori lesen termasuk lesen sementara bazar Ramadan elit, lesen sementara bazar Ramadan dan permit sementara bazar Ramadan,” maklumnya di Facebook.

Maklumat lanjut hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ di talian 03-4285 7324/7170.