AGENSI

Ikuti siaran langsung Belanjawan Selangor di Media Selangor Jumaat depan

10 Nov 2024, 4:00 AM
Ikuti siaran langsung Belanjawan Selangor di Media Selangor Jumaat depan

SHAH ALAM, 10 NOV: Orang ramai boleh mengikuti siaran lansung Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November, jam 3 petang menerusi selangortv.my dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan belanjawan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor (DNS) turut disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

Laporan berita pembentangan belanjawan pula boleh dibaca melalui portal  selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta  menarik pelaburan ke negeri ini.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.