BERITA UTAMA

Acara perasmian SUKMA 2026, Selangor teliti pilihan anjur di Stadium Merdeka

9 Nov 2024, 8:29 AM
Acara perasmian SUKMA 2026, Selangor teliti pilihan anjur di Stadium Merdeka
Acara perasmian SUKMA 2026, Selangor teliti pilihan anjur di Stadium Merdeka
Acara perasmian SUKMA 2026, Selangor teliti pilihan anjur di Stadium Merdeka

SHAH ALAM, 9 NOV: Kerajaan Selangor meneliti pilihan stadium sebagai lokasi perasmian Sukan Malaysia ke-22 (SUKMA) 2026, termasuk Stadium Merdeka di Kuala Lumpur

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata beberapa lokasi penganjuran sukan dwitahunan edisi ke-22 perlu dipertimbangkan kerana pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dijangka siap pada hujung 2026.

“Secara atas kertas, (KSSA) tidak sempat (siap) sebab dijangkakan siap sepenuhnya pada hujung 2026 dan kita tidak berupaya untuk tunggu sehingga siap.

“Biasanya orang melihat stadium itu tetapi ia bukan satu kerunsingan kerana kita ada banyak stadium. Kita tidak tolak kemungkinan untuk guna Stadium Merdeka.

"Memang Stadium Merdeka berada di Kuala Lumpur tetapi semasa proses pembinaannya ia dalam Selangor, jadi ada nilai sentimental kepada Selangor,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan Jelajah Belia Madani Selangor peringkat daerah Petaling di Kompleks Generasi Muda dan Sukan Selangor di Seksyen 7, di sini, hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei, dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

[caption id="attachment_672218" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berucap sempena majlis Perasmian Jelajah Belia Madani Selangor Daerah Petaling di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam pada 9 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengulas lanjut. Najwan juga berhasrat memanfaatkan semua daerah di Selangor sebagai lokasi penganjuran acara SUKMA.

"Malah  tidak menolak kemungkinan mengadakan majlis perasmian SUKMA di lokasi selain stadium, mengambil contoh penganjuran Sukan Olimpik Paris pada Ogos lalu.

“Majlis perasmian tidak semestinya dilaksanakan di stadium. Di Sukan Olimpik Paris pun ia dilakukan di sungai, atlet diarak atas bot. Terpulang pada kreativiti penganjur. Kita lihat pada kesesuaian negeri kita,” katanya.

Pada 18 Julai, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia memutuskan Selangor bakal menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2026. Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah pada 1998.

[caption id="attachment_672219" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi melakukan gimik balingan dart ketika majlis perasmian Jelajah Belia Madani Selangor Daerah Petaling di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam pada 9 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]