EXCO

EXCO: Belanjawan Selangor 2025 tumpu bangunkan hub sekuriti makanan

9 Nov 2024, 12:28 AM
EXCO: Belanjawan Selangor 2025 tumpu bangunkan hub sekuriti makanan
EXCO: Belanjawan Selangor 2025 tumpu bangunkan hub sekuriti makanan

KUALA SELANGOR, 9 NOV: Belanjawan Selangor 2025 yang dibentang 15 November ini dijangka menumpukan usaha membangunkan hub sekuriti makanan di negeri ini.

EXCO infrastruktur berkata penekanan diberikan penghasilan sumber tanaman pertanian berkualiti tinggi dan pembiakbakaan haiwan ternakan bagi menjamin bekalan makanan secara berterusan.

“Insyaallah bajet disediakan untuk negeri Selangor menghasilkan proses pembakaan daging lembu melalui penggunaan high tech value (teknologi tinggi) dan tanaman yang kita (negeri) rasa boleh memberi impak besar terhadap tahap sekuriti makanan di negara kita.

“Selain itu, tumpuan diberikan untuk pembangunan gudang bekalan makanan di Kuala Selangor yang menjadikan negeri pertama laksanakan usaha ini, itu yang saya harapkan,” kata Ir Izham Hashim.

[caption id="attachment_672155" align="alignleft" width="500"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej B di Stesen Pam Rantau Panjang di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 8 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau ditemui selepas merasmikan Penyerahan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej Bm di Kolam Hang Tuah No 5, Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini, semalam.

Sementara itu Izham berkata, penganjuran program Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan diteruskan pada tahun hadapan dengan menyasarkan lebih banyak pembukaan Ehsan Mart di daerah lain.

“Kaedah penganjuran program melalui mobile atau fizikal akan dikurangkan tahun hadapan untuk beralih ke Ehsan Mart yang telah dilancarkan di Sungai Tua pada September lepas,” jelasnya.

Belanjawan Selangor 2025 akan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beberapa lagi inisiatif khusus bakal dibentang bagi menjamin kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama.