AGENDA

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 9 malam

8 Nov 2024, 11:27 AM
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 8 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 9 malam ini.

Cuaca buruk turut diramal berlaku di seluruh Kelantan, beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.