SHAH ALAM, 8 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan daerah Sabak Bernam di Selangor hingga 1 tengah hari.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, cuaca sama diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang dan Perak selain beberapa lokasi di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_672024" align="alignnone" width="661"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


