AGENSI

Mangsa ribut, penerima bantuan pendidikan syukur MBI cakna kebajikan

5 Nov 2024, 9:18 AM
Mangsa ribut, penerima bantuan pendidikan syukur MBI cakna kebajikan
Mangsa ribut, penerima bantuan pendidikan syukur MBI cakna kebajikan
Mangsa ribut, penerima bantuan pendidikan syukur MBI cakna kebajikan
Mangsa ribut, penerima bantuan pendidikan syukur MBI cakna kebajikan

SABAK BERNAM, 5 NOV: Mangsa bencana ribut di Kampung Bagan Nahkoda Omar, Sabak Bernam di sini, bersyukur menerima sumbangan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Norzyee Kamarudin, 37, berkata bantuan wang tunai RM1,000 sedikit sebanyak menampung kos pembaikan bumbung rumah yang rosak akibat bencana ribut pada Julai lalu.

[caption id="attachment_671570" align="alignleft" width="401"] Norzyee Kamarudin .Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kerosakan ini menyebabkan rumah kami dinaiki air ketika hujan memandangkan bumbung di kawasan dapur dan halaman rumah kini dalam keadaan berlubang.

“Terima kasih kepada Yayasan MBI membantu dan prihatin dengan nasib saya sekeluarga memandangkan cuaca hujan kini melanda, jika kerosakan tidak dibaik pulih, keadaan rumah akan jadi lebih teruk,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian bantuan  wang tunai oleh Yayasan MBI di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar hari ini.

[caption id="attachment_671572" align="alignright" width="402"] Puguneswary Murugaiah. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Seorang lagi penerima, Puguneswary Murugaiah, 38, berkongsi kejadian ribut yang melanda kediamannya di Kampung Datuk Hormat telah merosakkan atap rumah sehingga mendatangkan risiko kehadiran haiwan liar seperti monyet.

"Ada atap rumah yang berlubang yang memudahkan haiwan liar masuk ke dalam rumah. Saya ucap terima kasih, dapatlah saya gunakan duit sumbangan ini untuk membaiki kerosakan,” ujarnya.

[caption id="attachment_671571" align="alignleft" width="402"] Azizah Salleh. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu penerima bantuan pendidikan Azizah Salleh, 48, berkata bantuan wang tunai RM1,000 akan digunakan untuk menampung yuran pengajian dan kediaman anaknya, Putra Ameer Faisal Isam, 20, yang menuntut di Universiti DRB-HICOM.

Ibu tunggal itu berharap sumbangan itu memberi motivasi kepada anaknya untuk menyambung pengajian dalam bidang zajah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan.

"Alhamdulillah nilai ini besar bagi saya. Terima kasih kepada Yayasan MBI atas keprihatinan. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada anak saya untuk mencapai cita-citanya," katanya.