ad
AGENDA

Anwar zahir simpati, lebih 200 terkorban akibat banjir besar di Sepanyol

5 Nov 2024, 3:45 AM
Anwar zahir simpati, lebih 200 terkorban akibat banjir besar di Sepanyol

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan rasa simpati beliau kepada rakyat Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar yang melanda negara itu sejak 29 Oktober lalu.

“Saya ingin menyampaikan rasa simpati kepada rakyat di Sepanyol yang mengalami kehilangan ratusan nyawa, serta kemusnahan yang meluas di Valencia, akibat banjir besar minggu lepas.

“Rakyat Malaysia ada bersama-sama rakyat Sepanyol pada masa paling sukar ini dan akan terus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka, dengan harapan keadaan akan bertambah baik pada hari-hari mendatang,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

Semalam, media melaporkan lebih 200 orang dilaporkan terkorban dalam bencana banjir yang disifatkan terburuk di Sepanyol dalam beberapa dekad.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.