AGENDA

Dua lelaki maut, kereta dinaiki rempuh pembahagi lorong tol

5 Nov 2024, 1:45 AM
Dua lelaki maut, kereta dinaiki rempuh pembahagi lorong tol

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki merempuh pembahagi lorong tol dalam kejadian di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua lelaki berusia 65 tahun itu, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Honda CRV itu, menyebabkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.