ad
AGENDA

SPRM serbu empat premis niaga fesyen isu kerugian pelaburan Khanazah, PNB

4 Nov 2024, 12:22 PM
SPRM serbu empat premis niaga fesyen isu kerugian pelaburan Khanazah, PNB

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain hari ini bagi membantu siasatan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Menerusi hantaran di laman TikTok rasmi SPRM, suruhanjaya itu memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan melibatkan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta.

Video selama 58 saat itu memaparkan anggota SPRM tiba di pejabat perniagaan fesyen dalam talian berkenaan di sini dan membuat pemeriksaan serta soal siasat.

Hantaran itu turut memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, namun tidak mendedahkan lokasi premis lain yang diserbu secara serentak hari ini.

Bernama sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai serbuan berkenaan.

Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB terhadap perniagaan fesyen dalam talian itu akan dijalankan secara adil dan profesional.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.