ad
EXCO

Jamin perpaduan, EXCO rancang anjur program libat semua kaum

3 Nov 2024, 6:30 AM
Jamin perpaduan, EXCO rancang anjur program libat semua kaum

SHAH ALAM, 3 NOV: Program atau aktiviti yang melibatkan semua kaum perlu diadakan lebih kerap bagi mengukuh kesepakatan dan perpaduan penduduk Selangor.

Justeru EXCO perpaduan merancang acara sedemikian dianjurkan sepanjang tahun depan bagi memastikan kesejahteraan dan sikap toleransi penduduk terus terjalin.

“Kita harap menerusi Belanjawan Selangor 2025 akan ada peruntukan tinggi untuk jawatankuasa perpaduan. Sebab kita mahu adakan pelbagai program disertai semua kaum.

“Selangor memiliki penduduk berbilang kaum sekali gus menjadi mini Malaysia. Ini juga sebagai usaha membentuk semangat bersatu padu antara rakyat negara ini.

"Kita mahu Malaysia terus aman tanpa ada isu kaum, agama atau yang memecahkan rakyat,” kata Datuk Rizam Ismail kepada Selangorkini.

Belanjawan negeri tahun depan akan dibentang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 15 November ini.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan pembentangan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil

Orang ramai juga boleh menonton pembentangan tersebut menerusi  https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor

Siaran langsung itu juga boleh diikuti melalui laman sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain ditonton di MYTV MANA-MANA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.