SHAH ALAM, 14 NOV: Orang ramai dipelawa mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2026 yang berlangsung jam 3 petang ini.
Dengan tema ‘Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’, siaran itu juga boleh diikuti di media sosial Amirudin Shari atau laman sesawang Media Selangor.
Penyampaian juga boleh didapati di platform media sosial rasmi Media Selangor termasuk Facebook, Instagram, X, TikTok, Telegram serta saluran MYTV.
Kerajaan Negeri menjemput seluruh rakyat Selangor menyaksikan pembentangan belanjawan secara maya bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang rancangan pembangunan negeri serta manfaat kepada rakyat.




