AGENSI

Warga emas derita barah wakaf wang tunai RM50,000 kepada PWB

2 Nov 2024, 1:30 PM
Warga emas derita barah wakaf wang tunai RM50,000 kepada PWB

SHAH ALAM, 2 NOV: Warga emas derita barah mewakafkan wang tunai RM50,000 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), semalam.

Hazah Yaakub, 72, menyerahkan wang berkenaan kepada Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari di kediamannya, Alam Damai.

“Sama-sama kita mendoakan semoga Hazah terus tabah dalam berjuang melawan barah yang dihidapinya, semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan.

“Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah,” menurut perbadanan itu di Facebook.

PWS turut menyeru orang ramai melaksanakan wakaf tunai secara dalam talian melalui pautan fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor.

Merujuk statistik dikongsikan PWS di laman webnya, sebanyak RM3.74 juta wakaf tunai dikutip pada Mei 2024. Dari jumlah ini, RM1.4 juta telah diagih dalam tempoh sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.