AGENDA

Ramalan hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 4 petang

2 Nov 2024, 5:42 AM
Ramalan hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 4 petang
Ramalan hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 2 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda hampir seluruh daerah di Selangor hingga 4 petang.

Daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran sama dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_671090" align="aligncenter" width="643"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]