AGENDA

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 7 malam

30 Okt 2024, 9:21 AM
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 7 malam
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 30 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Terengganu, beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.