ad
AGENDA

Mahasiswa boleh mohon baucar buku RM100 mulai hari ini

30 Okt 2024, 5:04 AM
Mahasiswa boleh mohon baucar buku RM100 mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Disember.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan permohonan itu dibuka mulai 10 pagi ini.

“Berita baik untuk semua pelajar IPT, anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE,” menurut hantaran itu.

Pada Isnin lepas, KPT dalam kenyataan memaklumkan fasa kedua inisiatif itu akan memanfaatkan lebih sejuta pelajar, dengan penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE menerusi pautan https:/mysiswaplace.my bermula 30 Oktober.

Portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif berkenaan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.