ad
AGENDA

Permaisuri Selangor santuni rakyat, hayati barangan lama di Galeri Rumah Antik

28 Okt 2024, 10:00 AM
Permaisuri Selangor santuni rakyat, hayati barangan lama di Galeri Rumah Antik
Permaisuri Selangor santuni rakyat, hayati barangan lama di Galeri Rumah Antik
Permaisuri Selangor santuni rakyat, hayati barangan lama di Galeri Rumah Antik

KUALA LANGAT, 28 OKT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor hari ini berkenan mencemar duli ke kenduri rakyat di Homestay Anjung Damai, Kampung Sungai Lang Tengah.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Hajah Norashikin itu sempena program Ziarah Kasih Pekawanis 2.0 anjung selatan Selangor anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Baginda yang diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang merupakan pengusaha inap desa dan orang Asli Mah Meri.

[caption id="attachment_670408" align="aligncenter" width="686"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersama Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad melawat ke Galeri Rumah Antik di Teratak Shah Bonda, kediaman EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah pada Program Ziarah Kasih Pekawanis 2.0 Bersama DYMM Permaisuri Selangor ke Anjung Selatan Selangor 2024 pada 28 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu, memulakan program hari kedua, Baginda berkenan berzumba bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Kakitangan Perkhidmatan Awam (Puspanita) serta menyantuni Misiyam Taslam yang strok separuh badan di Kampung Sungai Lang Tengah.

Selesai bertemu rakyat, Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke Teratak Shah Bonda, kediaman EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah di Tanjung Sepat.

Baginda turut dibawa melawat Galeri Rumah Antik milik Borhan yang juga wakil rakyat Tanjung Sepat yang mempamerkan koleksi barangan antik.

Ditemui pemberita, Borhan yang juga EXCO kebudayaan berkata beliau menjunjung kasih kehadiran Tengku Permaisuri Selangor ke anjung selatan Selangor selama dua hari menerusi program Ziarah Kasih.

[caption id="attachment_670410" align="aligncenter" width="686"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin (tengah) bersama Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bermain batu seremban bersama kanak-kanak pada Program Ziarah Kasih Pekawanis 2.0 Bersama DYMM Permaisuri Selangor ke Anjung Selatan Selangor 2024 di Homestay Anjung Damai, Kampung Sungai Lang Tengah pada 28 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Kehadiran Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bertemu rakyat merapatkan ukhuwah pihak istana bersama rakyat jelata.

"Menerusi kunjungan ini, Baginda juga dibawa ke Galeri Rumah Antik bagi mengimbau kenangan lama. Saya memaklumkan kepada Baginda bahawa ini galeri rakyat biasa yang mempamerkan peralatan rumah biasa," katanya.

Sebelum ini, program Ziarah Kasih anjuran Pekawanis itu bermula di anjung utara Selangor pada Februari lalu dan julung kalinya Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bertemu rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.