ad
AGENDA

Pengamal media diseru bekerjasama cari jalan depani era digital

28 Okt 2024, 1:36 AM
Pengamal media diseru bekerjasama cari jalan depani era digital

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Kementerian Digital menjemput pengamal media untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik bagi mendepani era teknologi terkini susulan perubahan landskap media yang seiring dengan arus perkembangan dunia digital.

Menteri berkenaan Gobind Singh Deo berkata ia sejajar dengan kenyataan Presiden Institut Akhbar Malaysia Datuk Yong Soo Heong bahawa kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman kerana kemahiran seorang wartawan masih diperlukan terutama dari segi memberi sentuhan kemanusiaan dan pemerhatian terhadap situasi sebenar.

“Seiring dengan maksud perayaan Deepavali yang melambangkan kejayaan kebaikan (cahaya) mengatasi kejahatan (kegelapan), saya optimis bahawa industri media di negara ini akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat kita.

“Kehadiran pelbagai teknologi baharu ini hanya bakal melonjakkan martabat mereka ke tahap yang lebih tinggi,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Gobind hadir pada majlis Sambutan Perayaan Deepavali Bersama Pertubuhan Media Tamil Malaysia di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Presiden Pertubuhan Media Tamil Malaysia S. Muthameez Manan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.