ad
AGENDA

Budak lima tahun rentung dalam kebakaran 38 rumah di Tawau

27 Okt 2024, 4:23 AM
Budak lima tahun rentung dalam kebakaran 38 rumah di Tawau

TAWAU, 27 OKT: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati, Batu 5 di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemukan pada 4.50 pagi.

"Seramai 27 pegawai serta anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang teletak pada jarak 10 kilometer dari pusat bandar dan tiba di lokasi pada 1.10 pagi.

"Kebakaran membabitkan 38 rumah di kawasan 1.57 ekar dan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera bomba dan air terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 5.59 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.