ad
AGENDA

Penghadang sementara dipasang, elak tanah runtuh Taman Melawati berulang

24 Okt 2024, 2:00 PM
Penghadang sementara dipasang, elak tanah runtuh Taman Melawati berulang
Penghadang sementara dipasang, elak tanah runtuh Taman Melawati berulang

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memasang penghadang sementara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang pada minggu lalu berulang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini semua penduduk terjejas sudah dibenar pulang ke rumah masing-masing selepas kawasan berkenaan didapati selamat.

“Kita sudah menerima laporan (tanah runtuh) cuma belum bentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi. Kita akan teliti laporan berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya ditemui pada majlis serahan khemah khas bencana kepada polis Selangor.

[caption id="attachment_668478" align="aligncenter" width="712"] Runtuhan tanah di lereng bukit Jalan E6, Taman Melawati, Ampang menyebabkan penghuni 20 rumah berhampiran diarah berpindah sebagai langkah keselamatan pada 15 Oktober 2024. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

Pada 15 Oktober, penghuni 20 rumah berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, dekat Ampang diarah berpindah sebagai langkah berwaspada susulan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat.

23 mangsa dari tujuh keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Jalan E5 dan selebihnya memilih tinggal bersama keluarga lain.

Pada 17 Oktober, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat persetujuan semua agensi terlibat dalam kerja pembaikan tanah runtuh namun dinasihatkan supaya berwaspada.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.