SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk sejumlah RM400,000 untuk menyelesaikan permasalahan pokok berisiko di kawasan pentadbirannya tahun depan.
Datuk bandar Petaling Jaya berkata pengurusan secara efektif dan sistematik itu bagi memastikan pokok berada pada tahap muda, separa matang dan matang.
“Pengurusan pokok berisiko akan dibuat di sepanjang jalan protokol di sekitar pusat bandar Seksyen 52 dan kawasan perumahan di Seksyen 14, Seksyen 16, Seksyen 17 dan SS2,” kata Mohamad Zahri Samingon.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Majlis Khas (Bajet 2025) MBPJ di Bangunan Annex, Ibu Pejabat MBPJ, semalam.
Pada masa sama, Mohamad Zahri memaklumkan MBPJ menerima 98 laporan kejadian pokok tumbang melibatkan 94 pokok dan 230 dahan sekah setakat 25 Mei.