ad
BERITA UTAMA

Selangor mahu perluas program cegah penyakit, kurang beban sektor kesihatan

23 Okt 2024, 5:18 AM
Selangor mahu perluas program cegah penyakit, kurang beban sektor kesihatan
Selangor mahu perluas program cegah penyakit, kurang beban sektor kesihatan

CYBERJAYA, 23 OKT: Selangor berhasrat memperluas program kesihatan bersifat pencegahan penyakit sebagai strategi mengurangkan beban dihadapi sektor kesihatan negara ketika ini.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata negeri menumpukan untuk menyokong masyarakat melalui pengesanan awal bagi memastikan kelestarian jangka panjang penjagaan kesihatan.

“Menerusi isu pencegahan penyakit lebih awal, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa tetapi juga mengurangkan tekanan dan beban terhadap hospital serta klinik awam,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam di Universiti Cyberjaya di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.

[caption id="attachment_669552" align="aligncenter" width="694"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berucap sempena perasmian Persidangan Kesihatan Awam Selangor di Universiti Cyberjaya pada 23 Oktober 2024. FOTO HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR.[/caption]

Dalam pada itu, Jamaliah berkata sidang julung kali selama dua hari bermula hari ini mengumpul maklum balas bagi meningkatkan inisiatif sedia ada dan meneroka idea baharu penjagaan kesihatan.

Berikutan itu, beliau berharap semua pihak berkepentingan termasuk pelajar perubatan memainkan peranan dalam memastikan sistem penjagaan kesihatan negara kekal mampan dan berdaya tahan.

Jelasnya, sistem penjagaan kesihatan yang ideal bukan sahaja merawat penyakit tetapi memberi tumpuan kepada pencegahan bagi membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

“Kesihatan awam adalah teras masyarakat yang makmur, meliputi bukan sahaja ketiadaan penyakit, tetapi kesejahteraan keseluruhan individu dan komuniti,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.