AGENDA

KPDN rampas 13.8 juta liter diesel subsidi, libat kerugian lebih RM31 juta

23 Okt 2024, 3:47 AM
KPDN rampas 13.8 juta liter diesel subsidi, libat kerugian lebih RM31 juta

SHAH ALAM, 23 OKT: Sebanyak 13.8 juta liter diesel bersubsidi dengan anggaran melebihi RM31 juta dirampas sepanjang Januari hingga Jumaat lalu, kata menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup (KPDN).

Datuk Armizam Mohd Ali berkata menerusi Ops Tiris 3.0 itu, pihaknya telah melakukan 30,634 pemeriksaan dan sebanyak 1,561 kes melibatkan penyelewengan diesel.

“Statistik keseluruhan ini turut meliputi serahan kes melibatkan agensi penguatkuasaan lain merekodkan jumlah rampasan diesel bersubsidi berjumlah sebanyak 13.8 juta liter dianggarkan lebih RM 31 juta.

“Setakat Januari hingga Oktober, sebanyak enam kertas siasatan bawah akta pencegahan penggubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada Ogos, pengarah penguatkuasa KPDN memaklumkan Ops Tiris 3.0 yang dilancar di seluruh negara sejak 1 Januari merekodkan nilai rampasan pelbagai barangan terkawal dan bersubsidi bernilai RM71 juta setakat 5 Ogos

Jelas Datuk Azman Adam setakat 5 Ogos, sebanyak 26,891 pemeriksaan dilakukan membabitkan 1,821 kes selain 446 tangkapan dilakukan membabitkan rakyat tempatan, penduduk tetap dan warga asing.