AGENDA

Mangsa bah Selangor dan Perak turun, 498 masih di sembilan PPS

21 Okt 2024, 11:32 AM
Mangsa bah Selangor dan Perak turun, 498 masih di sembilan PPS

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Situasi banjir di Perak dan Selangor bertambah baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun kepada 498 orang setakat 5 petang ini, berbanding 670 pagi tadi.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PERAK seramai 359 mangsa daripada 104 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Bagi situasi banjir di SELANGOR pula, seramai 139 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di empat PPS yang beroperasi di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan terdapat satu sungai berada pada paras bahaya melibatkan stesen Marudi, Sarawak, manakala dua sungai mencatatkan paras amaran iaitu di stesen Benawa, Miri dan Sungai Rui di Hulu Perak.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.