OLEH UFAIRAH TARMIDZI
SHAH ALAM, 21 OKT: Cadangan kerajaan menaikkan kadar duti eksais sebanyak 40 sen seliter bagi minuman bergula dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat.
Justeru, rata-rata penduduk menyokong usaha kerajaan dan menyifatkan cadangan yang akan dilaksana secara berfasa mulai 1 Januari 2025 itu dapat membantu penduduk mengawal kesihatan.
[caption id="attachment_669215" align="alignleft" width="363"]
Dr Rohaida Hussain[/caption]
Berikut reaksi orang ramai berkenaan isu tersebut:
"Bagus lah sebab gula ni menyumbang kepada diabetes. Jadi kita akan kurangkan penggunaan gula dan jadi lebih sihat. Nanti ramai yang tak beli minuman bergula dan dapat kawal kesihatan. - Dr Rohaida Hussain, Pensyarah
"Bagus, sebab boleh kurangkan gula sebab Malaysia memang ramai orang yang obesiti. - Amni Nur Syarah Amir, Pelajar.
"Ia sangat bagus, secara tidak langsung kami sebagai peniaga dapat didik pelanggan, gula yang kita gunakan di dalam produk tidak melebihi piawaian yang telah ditetapkan.
"Kita juga membantu rakyat menikmati makanan yang sihat dan pada masa yang sama mengurangkan kadar diabetes dan juga kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia." - Nur Liyana Abd Malek, Peniaga
[caption id="attachment_669213" align="alignright" width="349"]
Nur Liyana Abd Malek, Peniaga[/caption]
Menerusi Belanjawan 2025, perdana menteri berkata cadangan menaikkan duti eksais minuman bergula adalah bagi menyokong gerakan perang ke atas gula yang dilancarkan Kementerian Kesihatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil daripada duti eksais itu akan dimanfaatkan untuk perbelanjaan kesihatan awam.








