ad
AGENDA

Belanjawan 2025: Dana besar untuk pendidikan, terangkum semua aspek

19 Okt 2024, 9:14 AM
Belanjawan 2025: Dana besar untuk pendidikan, terangkum semua aspek

SHAH ALAM, 19 OKT: Sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025. Sebanyak RM64.1 bilion diberi kepada Kementerian Pendidikan berbanding RM58.7 bilion pada tahun ini. Peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi  (KPT) pula meningkat daripada RM16.3 bilion kepada RM18 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat berkata aspek pendidikan terus diberi keutamaan dalam mengangkat darjat rakyat ke tahap yang boleh mengubah kehidupan mereka.

Berikut adalah insiatif utama yang diperuntukkan bagi sektor pendidikan.

Bantuan pendidikan

  • RM5.3 bilion untuk 17 jenis bantuan pendidikan
  • RM2 billion untuk makanan di asrama.
  • RM870 untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memanfaatkan 860,000 murid.
  • RM800 juta bantuan awal persekolahan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
  • RM800 untuk pelaksanaan projek 'Point of Presence' (PoP)
  • RM180 juta untuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
  • Peruntukan khas RM10 juta sebagai Bantuan Persekolahan kepada 687 sekolah pedalaman.

Membina, menaik taraf dan menyelenggara sekolah

  • RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.
  • RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya bilik darjah yang uzur di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU.
  • RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  • RM100 juta baik taraf kantin dan kemudahan musolla.
  • 44 sekolah baharu akan mula dibina pada tahun hadapan.

Capaian internet sekolah luar bandar

  • RM100 juta diperuntukkan bagi meningkatkan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman.

Dana Pendidikan tinggi

  • Peruntukan keseluruhan RM4 bilion dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan.
  • RM500 juta dana pembiayaan pendidikan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di IPTA.
  • Pembukaan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM50 secara percuma kepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian tinggi.

Biasiswa B40, M40

  • 50 peratus bakal diperuntukkan untuk keluarga pendapatan rendah dan menengah melalui komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Naik taraf prasarana dan capaian internet

  • RM635 juta untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan meluas capaian internet di semua universiti awam.

Peruntukan pendidikan kecerdasan buatan (AI)

  • RM50 juta diperuntuk untuk memperluas pendidikan AI ke semua universiti penyelidikan.

Tabungan pendidikan tinggi

  • Pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi

Dana penyelidikan dan pembangunan 

  •  RM600 juta untuk Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta.
  • RM170 buat Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment (MSE) untuk menyediakan geran padanan untuk badan swasta dan industri
  • RM10 juta bagi Program Malaysia Techlympics untuk lahirkan anak tempatan pakar dalam bidang robotik dan teknologi AI

Pemerkasaan TVET

  • RM7.5 bilion untuk menyediakan peluang latihan TVET buat belia rentan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.