AGENDA

Hampir RM2.9 bilion tingkat prasarana asas kampung, pedalaman

19 Okt 2024, 3:00 AM
Hampir RM2.9 bilion tingkat prasarana asas kampung, pedalaman

SHAH ALAM, 19 OKT: Hampir RM2.9 bilion diperuntuk bagi meningkatkan prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman tahun depan, umum perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan pembinaan dan pembaikan jalan kampung di Kota Belud, Sabah, Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang dengan peruntukan hampir RM1.8 bilion.

"Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, Anwar berkata projek bina, baiki jambatan serta pemasangan dan selenggara lampu jalan kampung diteruskan tahun depan melibatkan peruntukan lebih RM350 juta.

Beliau turut mengumumkan hampir RM500 juta diperuntuk tahun depan bagi membekalkan air bersih dan elektrik meliputi 5,150 rumah di Sabah dan Sarawak.

Katanya, kerajaan juga menyokong kerjasama universiti awam dalam menambah baik prasarana kampung seperti kejayaan projek pemasangan solar di Pulau Tuba oleh Universiti Malaysia Perlis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.