AGENDA

Sumbangan khas RM500 untuk lebih 70,000 guru Kafa, pemimpin agama

18 Okt 2024, 12:37 PM
Sumbangan khas RM500 untuk lebih 70,000 guru Kafa, pemimpin agama

SHAH ALAM, 18 OKT: Lebih 70,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut akan menerima sumbangan khas RM500, tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2025 menjelaskan sumbangan khas tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta.

"Bagi menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru Kafa, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 ringgit RM35 juta," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju menambah kuota guru Kafa sebanyak 1,500 selari tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.

"Selain itu, RM150 juta diperuntuk untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat," katanya.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan elaun 35,000 guru Kafa kepada RM1,100.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.