AGENDA

Bantuan khas kewangan RM500 buat penjawat awam, pesara dapat RM250

18 Okt 2024, 11:13 AM
Bantuan khas kewangan RM500 buat penjawat awam, pesara dapat RM250

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kawangan berjumlah RM500 kepada penjawat dan RM250 untuk pesara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini berkata bantuan itu akan disalurkan pada Februari 2025.

“Bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.