ad
AGENDA

Tumpu projek berkepentingan rakyat, sasar Pelabuhan Klang 10 terbaik dunia

18 Okt 2024, 9:16 AM
Tumpu projek berkepentingan rakyat, sasar Pelabuhan Klang 10 terbaik dunia

SHAH ALAM, 18 OKT: Putrajaya akan menumpukan projek berkepentingan rakyat dan kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri, termasuk di Selangor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek di negeri ini termasuk rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2, pembesaran Pelabuhan Klang sebagai 10 pelabuhan terbaik dunia.

Dalam pembentangan belanjawan 2025 di Parlimen hari ini, beliau menjelaskan tumpuan turut diberikan untuk melebarkan jalan di Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang.

"Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega. Pembangunan menumpukan projek berkepentingan rakyat serta kemudahan menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri," katanya.

Beliau turut menyatakan beberapa projek utama lain seperti tebatan banjir berkeutamaan tinggi melibatkan sungai di Pahang dan pembinaan Loji Rawatan Air Machang.

Belanjawan 2025 bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat bagi menaikkan siling potensi ekonomi negara untuk tempoh jangka panjang dan lantai mutu kehidupan rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.