AGENDA

Amaran hujan lebat di Pahang, Johor, Negeri Sembilan hingga 2 petang

17 Okt 2024, 4:47 AM
Amaran hujan lebat di Pahang, Johor, Negeri Sembilan hingga 2 petang

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri di Semenanjung yang terlibat adalah Pahang membabitkan Cameron Highlands, Maran dan Rompin, selain Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Ribut petir turut dijangka berlaku di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Situasi sama diramalkan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.