ad
BERITA UTAMA

Belanjawan Selangor: Lonjak sektor pelancongan, jayakan kempen TMS2025

16 Okt 2024, 1:00 AM
Belanjawan Selangor: Lonjak sektor pelancongan, jayakan kempen TMS2025
Belanjawan Selangor: Lonjak sektor pelancongan, jayakan kempen TMS2025
Belanjawan Selangor: Lonjak sektor pelancongan, jayakan kempen TMS2025
Belanjawan Selangor: Lonjak sektor pelancongan, jayakan kempen TMS2025

SEPANG, 16 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat melonjak sektor pelancongan menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata pelbagai inisiatif disediakan bagi merancakkan aktiviti pelancongan sekali gus mencapai sasaran menarik lebih lapan juta pelancong .

“Saya yakin kepimpinan Dato’ Menteri Besar akan menyediakan idea (inisiatif) yang bernas pada belanjawan akan datang untuk memastikan kejayaan TMS2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media promosi TMS2025 sempena kejohanan MotoGP2025 di pusat media Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.

[caption id="attachment_668265" align="aligncenter" width="801"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Petronas Sepang Azhan Shahfriman Hanif (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad selepas sidang media promosi Tahun Melawat Selangor 2025 sempena kejohanan MotoGP2025 di pusat media Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 15 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, beliau memberitahu Kerajaan Negeri akan meneliti dapatan sesi dialog Belanjawan Selangor 2025 lepas bersama pemegang taruh untuk menambah baik sektor pelancongan negeri.

“Dapatan pada sesi libat urus ini penting kerana Selangor ingin kekalkan momentum sebagai negeri contoh dan peneraju dalam sektor pelancongan di Malaysia,” katanya.

[caption id="attachment_628646" align="aligncenter" width="814"] Rombongan kanak - kanak tadika ketika cuti sekolah di Ladang Farm Fresh, Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, pentadbiran negeri menyasarkan lebih lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa mengunjungi Selangor yang menawarkan lebih 60 program sempena TMS2025.

Bagi merancakkan lagi promosi kempen berkenaan, Selangor menganjurkan Karnival Sawah Padi di Sabak Bernam yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sukan air pada November ini.

Bermula 1 Januari, TMS2025 akan dilancarkan bersekali dengan sambutan ambang tahun baharu pada malam 31 Disember ini dan disempurnakan Dato’ Menteri Besar.

[caption id="attachment_623197" align="aligncenter" width="728"] Kumpulan agen pelancongan dari Thailand yang datang melawat Anjung Utara dibawa ke Pantai Kuala Selangor lebih dikenali sebagai "Mirror of the Sky" kerana perairan cetek ini seperti cermin di Kuala Selangor pada 11 Januari 2024. Foto Foto Sky Mirror[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.