SABAK BERNAM, 15 DIS: Penggiat industri pelancongan diminta bersiap sedia menerima kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa yang dijangka meningkat sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata semua penggiat industri perlu meraikan pelancong dengan memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik termasuk mementingkan aspek keselamatan.
[caption id="attachment_677880" align="aligncenter" width="774"] EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim ketika Fam Trip bersama pengamal media sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di Sekinchan, Sabak Bernam pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Saya minta semua penggiat industri merangkumi hotel, inap desa dan pengusaha industri kecil dan sederhana siap sedia kerana yakin jumlah pelancong akan bertambah kerana pelbagai tawaran menarik disediakan.
“Pentingkan juga aspek keselamatan kerana Kerajaan Negeri mahu apabila mereka datang ke Selangor beri kenangan manis dan mahu kembali semula,” katanya pada program Fam Trip bersama pengamal media di anjung utara Selangor.
Program tiga hari bermula Jumaat lalu merupakan anjuran Pejabat EXCO Pelancongan dan Tourism Selangor. Pengamal media dibawa menerokai pelbagai lokasi menarik antaranya Sky Mirror, Pantai Redang, Laman Choco dan Kelip-Kelip Sungai Panjang.
November lalu, Suee Lim memaklumkan Selangor menyasarkan kehadiran lapan juta pelancong dengan 40 peratus dari luar negara sempena TMS2025.
Jelasnya, Tourism Selangor melaksanakan pelbagai program promosi di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk menggunakan semua platform bagi menonjolkan lokasi menarik di serata negeri.
Sementara itu, pengasas Laman Choco Muhd Farhan Abd Samad berkata beliau telah membuat beberapa persiapan khusus termasuk membesarkan ruangan perniagaan kedai coklatnya yang terletak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.
[caption id="attachment_678010" align="aligncenter" width="811"] Pengasas Laman Choco Muhd Farhan Abd Samad. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Saya telah membuat persiapan dengan membesarkan ruangan kedai supaya pengunjung lebih selesa dan bersedia menambah jumlah keluaran produk sebanyak 200 peratus.
“Bukan itu sahaja, saya juga telah membina beberapa lot sebagai inap desa bagi memudahkan pengunjung dan membesarkan kawasan parkir untuk kereta dan bas,” katanya yang memulakan perniagaan sejak 2016.
Bagi pengusaha tembikar V Ramadas pula, beliau sentiasa terbuka menerima kunjungan pelancong yang ingin mempelajari teknik pembuatan tembikar tanah liat secara tradisional atau moden.
[caption id="attachment_678014" align="aligncenter" width="924"] Pengusaha tembikar V Ramadas. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Saya mempunyai dua mesin iaitu baharu dan lama yang masih digunakan untuk pembuatan pelbagai bentuk tembikar.
“Sesiapa yang datang boleh mencuba menghasilkan bentuk apa yang mereka mahu menggunakan tanah liat yang kita bancuh sendiri,” jelasnya yang mewarisi seni bina itu dari bapanya.
[caption id="attachment_677881" align="aligncenter" width="757"] EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim mencuba buaian pusing selepas merasmikan Funtasi Land Sekinchan ketika Fam Trip bersama pengamal media sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di Sekinchan, Sabak Bernam pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_678011" align="aligncenter" width="814"] Suasana di hadapan pintu masuk Pusat Konservasi Kelip Kelip Sungai Panjang,Sungai Besar Selangor ketika Fam Trip bersama pengamal media sempena Tahun Melawat Selangor 2025 pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_677882" align="aligncenter" width="755"] Pengunjung teruja melihat pelbagai jenis bunga di Butterfly Wonderland In The Sky di Sekinchan, Sabak Bernam pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]