AGENDA

PM: Transformasi perkhidmatan awam perlu cakupi kecekapan perancangan pembangunan

15 Okt 2024, 2:39 PM
PM: Transformasi perkhidmatan awam perlu cakupi kecekapan perancangan pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Transformasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutama dalam mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata perlu ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu, perubahan teknologi dan matlamat negara.

“Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat kerajaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perkara itu antara yang disentuh dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

Anwar berkata mesyuarat itu antara lain meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan bagi mendapatkan nilai terbaik kepada kerajaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.