SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang melanda tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang.
Daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Amaran cuaca sama dikeluarkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_668208" align="aligncenter" width="655"]
Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


