ad
AGENDA

Dewan Rakyat tangguh seketika, Ahli Parlimen terperangkap bah susulan hujan lebat

15 Okt 2024, 2:59 AM
Dewan Rakyat tangguh seketika, Ahli Parlimen terperangkap bah susulan hujan lebat

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.30 pagi berikutan sebilangan Ahli Parlimen terperangkap banjir susulan hujan lebat ketika dalam perjalanan ke Bangunan Parlimen.

Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul selepas persidangan bermula 10 pagi ini berdasarkan Peraturan Mesyuarat 12 (2).

“Di luar sana hujan terlalu lebat dan beberapa jalan telah dinaiki banjir dan ramai di antara ahli Yang Berhormat telah terperangkap dalam banjir,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.