SHAH ALAM, 13 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 1 pagi.
Amaran ribut petir disertai hujan lebat juga diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


