AGENDA

Tebing runtuh, dua kenderaan hampir jatuh dalam longkang

12 Okt 2024, 2:36 PM
Tebing runtuh, dua kenderaan hampir jatuh dalam longkang
Tebing runtuh, dua kenderaan hampir jatuh dalam longkang

KUALA LUMPUR, 12 OKT:Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara hari ini menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini runtuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun, insiden pada kira-kira 7 malam itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.14 malam sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kejadian tebing runtuh berhampiran sungai terbabit yang berketinggian 10 meter menyebabkan dua kenderaan yang diparkir di situ hampir masuk ke dalam longkang.

“Kes kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.27 malam,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_667893" align="aligncenter" width="423"] Tanah di tebing sungai runtuh dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Ampang pada 12 Oktober 2024. Foto Bomba[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.