ad
AGENSI

Pantas buat keputusan jadikan Selangor perintis program kebajikan

10 Okt 2024, 9:24 AM
Pantas buat keputusan jadikan Selangor perintis program kebajikan

Oleh Norrasyidah Arshad dan Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 10 OKT: Tindakan pantas pentadbiran negeri membuat keputusan meletakkan Selangor di hadapan dalam melaksanakan pelbagai program yang menjamin kebajikan rakyat.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar berkata negeri itu juga menjadi perintis untuk program memberdaya rakyat dan memberi manfaat berpanjangan.

“Kadang-kadang ada (cetusan) idea dan sebagainya datangnya daripada cadangan EXCO atau Dato' Menteri Besar dan kita memang dikenali sentiasa cepat dalam melaksanakannya.

“Kalau hendak tunggu suatu kajian khusus untuk dilaksanakan, kemungkinan kita terlepas peluang bagi melakukan perkara yang mendatangkan kesan baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau bercakap sebagai salah seorang saksi dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), di sini hari ini.

Selcat bersidang hari ini bagi menilai dan merungkai persoalan wakil rakyat berhubung tatakelola dan pelaksanaan program program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) serta hala tujunya.

Isu berkenaan timbul berikutan pertikaian pengguna didaftarkan tanpa kebenaran, sekali gus menimbulkan kebimbangan awam terhadap tahap keselamatan data peribadi.

Dua lagi saksi ialah mantan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Saipolyazan M Yusop.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.