ad
AGENDA

PM: Malaysia, Singapura capai sepakat, kemajuan isu tertunggak

10 Okt 2024, 1:01 AM
PM: Malaysia, Singapura capai sepakat, kemajuan isu tertunggak
PM: Malaysia, Singapura capai sepakat, kemajuan isu tertunggak

VIENTIANE, 10 OKT: Malaysia dan Singapura mencapai kesepakatan dan kemajuan berkaitan beberapa isu tertunggak antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini semalam.

Tanpa menyatakan isu tertunggak berkenaan, Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

“Selama hampir 40 minit, saya dan PM Lawrence berbincang beberapa perkara terkait kepentingan kedua-dua negara, terutama meneroka kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu berbangkit secara berkesan dan sepantas mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

[caption id="attachment_667351" align="aligncenter" width="1078"] Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan delegasinya di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Vientiane pada 9 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Anwar berkata selepas pertemuan empat mata itu, beliau dan Wong kemudiannya mengetuai mesyuarat dua hala bersama menteri dan delegasi kedua-dua negara.

Sebelum ini dilaporkan isu tertunggak antara kedua-dua negara termasuk kawalan ruang udara, isu air dan sempadan maritim.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dibuka secara rasmi semalam hingga 11 Oktober.

Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan pengerusi itu kepada Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN bagi 2025.

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.