AGENDA

Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat pagi ini

10 Okt 2024, 12:28 AM
Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat pagi ini
Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat pagi ini

SHAH ALAM, 10 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 9 pagi ini.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak dan Negeri Sembilan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.