AGENDA

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

8 Okt 2024, 9:12 AM
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 8 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 7 malam.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Kelantan.

Keadaan sama diramal berlaku di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.