ad
AGENSI

Pustaka Raja Tun Uda miliki 1.2 juta ahli, aktif anjur aktiviti tarik pengunjung

7 Okt 2024, 1:30 PM
Pustaka Raja Tun Uda miliki 1.2 juta ahli, aktif anjur aktiviti tarik pengunjung
Pustaka Raja Tun Uda miliki 1.2 juta ahli, aktif anjur aktiviti tarik pengunjung
Pustaka Raja Tun Uda miliki 1.2 juta ahli, aktif anjur aktiviti tarik pengunjung
Pustaka Raja Tun Uda miliki 1.2 juta ahli, aktif anjur aktiviti tarik pengunjung
Pustaka Raja Tun Uda miliki 1.2 juta ahli, aktif anjur aktiviti tarik pengunjung

SHAH ALAM, 7 OKT: Peranan perpustakaan masih kekal relevan meskipun berdepan era digital dan cabaran teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berkata suasana perpustakaan memainkan peranan penting selain menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan serta penganjuran aktiviti bersesuaian bagi menarik orang ramai.

Jelas Datin Paduka Mastura Muhamad, Selangor kini mempunyai 105 perpustakaan berbanding 86 buah sahaja pada 2008.

[caption id="attachment_667014" align="alignleft" width="378"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad bercakap kepada Media Selangor selepas majlis Perasmian Ferdowsi's Shahnameh: A Literary Masterpiece Exhibition & Movie Screening di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 7 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Malah Perpustakaan Raja Tun Uda juga telah menerima jumlah pengunjung lebih 9 juta sejak 2011 dengan keahlian 1.2 juta setakat ini.

"Jangan sesekali kata AI punca perpustakaan ditutup sebaliknya ia sentiasa relevan, tempat kita boleh belajar dengan tenang, tempat bermesyuarat, pusat rekreasi dan pusat pembangunan manusia.

"Pelbagai kemudahan dan aktiviti interaktif kita sediakan termasuk perkhidmatan WiFi demi keselesaan pengunjung. Insya-Allah, perpustakaan akan membawa kegembiraan dan boleh menjana ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Pameran Karya Agung Sastera Shahnameh Ferdowsi dan tayangan filem Rustam & Suhrab di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, hari ini.

Pada 23 April, EXCO Belia Najwan Halimi  berkata pinjaman buku di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) meningkat kepada 930,000 naskhah pada 2023 berbanding 738,818 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata peningkatan berkenaan susulan penambahan jumlah pinjaman daripada 10 kepada 20 naskhah bagi seorang peminjam yang diperkenal sejak 1 Mac 2023.

Menurut beliau, rekod pinjaman buku berkenaan juga merupakan jumlah tertinggi sepanjang 52 tahun menubuhan PPAS.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) yang dijenamakan pada 2022. SIBF ialah kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dianjurkan sejak 2006. PPAS juga buat julung kali menganjurkan Pesta Buku Kanak-Kanak bermula tahun lepas.

[caption id="attachment_667003" align="aligncenter" width="700"] Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_667002" align="aligncenter" width="700"] Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan ruang lebih selesa untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)[/caption]

[caption id="attachment_667004" align="aligncenter" width="700"] Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa kepada orang ramai. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.