HULU LANGAT, 7 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM170,000 bagi sumbangan dana pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada sekolah di Hulu Langat dan Sepang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Ts Saipolyazan M Yusop berkata setiap sekolah menerima RM1,000 melibatkan 119 sekolah di Hulu Langat dan Sepang (51) yang disalurkan menerusi Yayasan MBI.
“Selain itu 45 pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 juga turut menerima hadiah,” katanya menerusi kenyataan.
Penyampaian sumbangan dan hadiah disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan disaksikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sempena Majlis Perasmian Tekad Reformasi Pendidikan di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sejumlah diperuntuk RM890,000 untuk dana PIBG kepada 890 sekolah seluruh Selangor.
Dana itu katanya boleh digunakan untuk urusan menyuarat bulanan, pembelian alat tulis serta perkara yang berkaitan dengan pengurusan PIBG.