ad
AGENDA

Tiada rekod GISBH daftar, carum Perkeso untuk pekerja

6 Okt 2024, 8:01 AM
Tiada rekod GISBH daftar, carum Perkeso untuk pekerja

SHAH ALAM, 6 OKT: Kumpulan perniagaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran pekerjanya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sedang menyiasat perkara tersebut, lapor Sinar Harian.

"Kita sebenarnya dalam mesyuarat post Kabinet lalu, arahan kepada menteri supaya JTKSM menyiasat dan keputusan hanya diketahui Rabu depan.

“Kalau kita terima laporan ada dan ada bukti mencarum, biasanya kita akan membayar apa-apa (bantuan kewangan) sehingga mendapat pekerjaan baharu di bawah Skim Hilang Pekerjaan," katanya.

Mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800), semua syarikat di negara ini diwajibkan mencarum walaupun hanya mempunyai seorang pekerja.

Pada 10 September lalu, polis menyerbu 20 premis GISBH di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Dalam operasi itu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan selain dipercayai menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.